Fireflies

Nikmati waktu malam bersama cahaya kunang-kunang di Taman Rekreasi & Zoo Kemaman (TRZK).

Selain daripada zoo, kami turut menawarkan pakej melihat kunang-kunang. Kedudukan TRZK adalah di pertengahan Sungai Yak Yah.

“kunang-kunang” @ “kelip-kelip” terdapat dengan banyaknya di sepanjang Sungai Yak Yah yang merentasi TRZK ini. Keindahan kunang-kunang ini hanya dapat dilihat pada waktu malam. Ketika itu, serangga ini akan berterbangan dalam jumlah yang banyak di sepanjang sungai ini. Pada waktu malam, pokok-pokok belukar seperti dipasang dengan ribuan lampu kelip-kelip.

Walaupun banyak usaha telag dilakukan untuk mempertontonkan keindahan kunang-kunang ini melalui video dan gambar, tetapi manakan sama dengan pengalaman melihatnya dengan mata sendiri diwaktu malam dikawasan semulajadinya.

Harga tiket ialah Rm 15 (dewasa) & Rm 10 (kanak-kanak) bagi satu bot yang boleh memuatkan 12 orang. Pengunjung dinasihatkan supaya sampai di TRZK ini selewat-lewatnya pukul 0700 malam.

Bagi pengunjung yang beragama islam & ingin menunaikan solat Fardhu Maghrib, anda boleh berbuat demikian di surau TRZK yang terletak di dalam TRZK sendiri sebelum menaiki bot.

TEMPAHAN & PERTANYAAN :-
Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi,

Taman Rekreasi & Zoo Kemaman
09-859 6644 / 6645

Kadar bayaran:-
Rm 15 (dewasa)
Rm 10 (kanak-kanak)

Scroll to Top