Singa di Taman Rekreasi & Zoo Kemaman

19 November 2011 – Taman Rekreasi & Zoo Kemaman telah menerima 13 ekor singa daripada Jabatan Perlindungan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia untuk ditempatkan di pusat pemuliharaan.

Kehadiran singa ini merupakan daya tarikan terbaharu dan mengharapkan ia mampu menarik lebih ramai pengunjung. Tiga belas ekor singa ini turut menambahkan variasi haiwan yang ada di zoo ini.

Selain daripada itu, Perhilitan turut menyerahkan dua ekor tapir dan empat ekor ungka. Taman Rekreasi & Zoo Kemaman sehingga kini mempunyai 36 haiwan mamalia termasuk harimau, gajah beruang matahari dan melebihi 100 spesies burung.

Scroll to Top