Taman Rekreasi & Zoo Kemaman telah dipilih sebagai tempat untuk melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas tahun 2019/2020 selama 5 hari, bermula pada 11 disember hingga 15 disember 2019. Program sukarelawan ini diwujudkan untuk mendidik belia dan beliawanis agar lebih peka kepada keadaan hidupan lain di sekeliling serta melahirkan sifat kasih sayang dalam kalangan belia dan beliawanis. Dalam pada masa yang sama semangat kerja berpasukan dalam kalangan belia dan beliawanis dapat dipupuk selain mengeratkan lagi hubungan diantara peserta.
antara obektif program ini adalah :
1) memupuk, meningkatkan dan memantapkan lagi kemahiran insaniah dalam diri belia dan beliawanis daripada Badan Operasi Pergerakan Belia Inspirasi.
2) Memberi dan berkongsi pengalaman dengan pekerja di Zoo Kemaman.
3) mengeratkan ukhwah antara peserta.
4) mengaplikasikan 5 aspek Projek Penempatan
i. aspek sosial dan kebertanggungjawaban.
ii. aspek komunikasi
iii. aspek pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
iv. aspek nilai,sikap, etika dan profesionalisme.
v. aspek kepimpinan dan kerja berpasukan.