River Cruise Menyusuri Sungai Yak Yah Dan Eksplorasi Kelip-Kelip (23 Mac 2013)

29 MAC 2013 – Majlis Penyerahan Jeti Sungai Yak Yah dan pelancaran River Cruise serta Eksplorasi Kelip-Kelip dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu menyaksikan peristiwa menandatangi penyerahan Jeti Sungai Yak Yah daripada Haji Mohamad Kamil Othman, Pegawai Daerah Kemaman kepada Haji Mustafar Khalid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

Penyerahan ini mambawa maksud Majlis Perbandaran Kemaman bertanggungjawab untuk meyelenggara dan menyediakan kemudahan di jeti berkenaan selaras dengan keperluan sebagai tempat riadah. Sungai Yak Yah yang terkenal dengan gelaran lubuk udang galah dan populasi kelip-kelip terbesar di Malaysia merupakan satu lagi daya tarikan pelancongan untuk mengunjungi daerah Kemaman dan telah tersenarai di dalam Kelendar Tahun Melawat Terengganu 2013.

Scroll to Top